Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Bahasa Arab: يأجوج و مأجوج) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran
serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki
kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah
yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk
berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga
muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau
bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog
di Dunia Barat. Ya'juj dan Ma,juj sebenarnya adalah manusia, [perlu rujukan]
perwatakan ganas, membuat kerosakan, menjahanankan tamadun yang mereka
serang, mengambil makanan tuaian, membunuh, merogol, mereka bergerak
dari kawasan utara Asia dan timur Eropah ke selatan dan dari tengah Asia
ke barat Eropah.
Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam
Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung
“ |
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93)[1] |
” |
Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi
“ |
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di
bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina
sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)[2] |
” |
Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj
“ |
Dia menjawab: "(kekuasaan dan
kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari
bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai)
aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang
kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul
separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun
perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat
kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api,
berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 - 97)[3]
|
” |
Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali
“ |
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain:
"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai
janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah
janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)[4] |
” |
Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka
Dari Zainab binti Jahsy :
“ |
Bahawa Rasulullah bangun dari
tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang
Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan
Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis
ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran
dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita
banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak
terjadi kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim)[5]
|
” |
Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi
Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
“ |
(Demikianlah keadaan mereka)
hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta
mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan
serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak
(sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami
telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan
perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri
sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)[6][7] |
0 komentar:
Posting Komentar